Salman Rushdie
Salman Rushdie

Salman Rushdie

Sir Ahmed Salman Rushdie (Bahasa Hindi: अख़्मद सल्मान रश्दी, Urdu: سلمان رشدی‎; lahir pada 19 Jun 1947) di Bombay, India. Beliau merupakan novelis India-British dan penulis rencana yang terkenal di seluruh dunia. Anugerah pertama diterima berikutan novel kedua Midnight's Children (1981) yang membawa hadiah Booker Prize. Fiksyen yang ditulisnya berdasarkan kehidupan sebenar di India, kekayaan, kemelaratan, rangkaian hubungan dan penghijrahan dari Timur ke Barat.Novel keempat bertajuk The Satanic Verses (1988) mmengundang kemarahan umat Islam seluruh dunia. Ayatollah Ruhollah Khomeini dari Iran mengeluarkan fatwa bunuh ke atas dirinya.Pada Jun 2007 kerajaan Britain memberi anugerah Knight Bachelor membawa gelaran Sir sempena harijadi Queen Elizabeth pada Jun 2007.